SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

UMUM

BERAPA LAMA TEMPOH YANG DI AMBIL UNTUK MENYIAPKAN SESUATU TEMPAHAN KAD KAHWIN ?

Tempoh proses bergantung kepada produk yang ditempah.


Pakej Kad Kahwin


1- Proses Drafting (2-3 Hari Bekerja)

2- Proses Design (3-5 Hari Bekerja)

3- Proses cetakan (7-10 Hari Bekerja)

4- Proses penghantaran (1-3 Hari Bekerja)


Anggaran Tempoh Siap: 10-15 Hari Bekerja


———————-


Kad Kahwin (URGENT)


Anda digalakkan menghubungi kami untuk procedure urgent.


Proses urgent siap 7 hari bekerja bermula daripada tarikh order + full payment + complete details


———————-


Lain-lain produk cetakan sila rujuk di bahagian description setiap halaman produk.


Kemungkinan kad kahwin anda siap lebih awal dari tempoh anggaran, bergantung kepada jumlah tempahan semasa yang sedang di proses.

JENIS MATERIAL KAD KAHWIN YANG DIGUNAKAN ?

250gsm Art Card


Kualiti kad tebal

SAYA MAHUKAN KAD JENIS MATERIAL YANG LAIN, BOLEH KE ?

Ya, boleh. Antara material lain:


  • 300gsm Art Card + Matt Lamination

  • 250gsm Art Card + Matt / Gloss Lamination

  • 250gsm Art Card + Matt + Spot UV

  • 300gsm Platinium Ice White


Kesemua material di atas min order adalah 100pcs. Anda perlu request quotation terlebih dahulu untuk pihak kami berikan harga.

Sila nyatakan Pakej dan Kuantiti yang dimahukan bagi memudahkan proses. Anda boleh berikan sekali design jika ada.

BOLEH KE KALAU GUNA DESIGN SENDIRI ?

Ya boleh guna design sendiri. Untuk design sendiri, sila pastikan resolution, info serta saiz yang betul untuk dicetak. Untuk maklumat saiz kad boleh terus hubungi kami.

APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN SELEPAS TEMPAHAN ?

Pihak Kadkahwin Penang akan menghantar draft / design dalam tempoh 1-3 hari bekerja selepas tempahan serta butiran anda diberikan. Draft akan dihantar melalui whatsapp. Jika tiada draf / design di hantar dalam tempoh tersebut, sila hubungi kami semula untuk pertanyaan.

MAKLUMAT YANG SAYA BERIKAN SALAH. BAGAIMANA UNTUK SAYA HANTAR MAKLUMAT BARU ?

Hantarkan semula maklumat baru melalui whatsapp 0135972799 / klik link ini kadkahwinpenang. Sertakan bersama order no atau detail tempahan yang di buat.

SAYA TIDAK MAHIR UNTUK BUAT TEMPAHAN MELALUI WEBSITE, BOLEH TEMPAH MELALUI WHATSAPP?

Ya boleh, sila whatsapp 0135972799 / Klik kadkahwinpenang

BOLEH KE KALAU SAYA NAK BUAT 2 MAJLIS DALAM 1 KAD ?

Ya boleh Untuk 2 majlis, anda perlu maklumkan pada kami atau masukkan ke dalam borang yg telah disediakan semasa tempahan.

1 KAD MUAT TAK UNTUK 2 PASANGAN ATAU 2 NAMA IBUBAPA ?

Ya muat untuk masukkan :


  • 1 kad 2 nama ibubapa / 2 pihak (Ibu & Bapa + Ibu & Bapa Pihak Pasangan)

  • 1 kad 2 pasangan atau lebih (Nama & Pasangan + Nama Kedua & Pasangan kedua)


– Semua saiz kad muat

– Untuk kad saiz 4×6 tidak muat untuk meletakkan peta. (Peta ganti QR code)

ADAKAH PIHAK KADKAHWIN PENANG AKAN MENGHANTAR DESIGN SEBELUM PROSES CETAKAN ?

Ya, Kami akan menghantar draf design untuk disemak sebelum proses cetakan akan dimulakan.

MACAM MANA BEZAKAN SAIZ KAD?


PETA KAD KAHWIN

SAYA TIDAK TAHU MEMBUAT LAKARAN PETA, BOLEH PIHAK KADKAHWIN PENANG BUATKAN?

Untuk lakaran peta, pihak anda perlu sediakan kepada kami. Pihak kami hanya lukis/trace semula mengikut contoh yang diberi.


Dikenakan caj RM30 untuk trace peta.


Lakaran peta boleh diambil dari:


1- Contoh kad kahwin yang terdahulu yang sama lokasi.

2- Minta contoh dari pihak dewan/hotel/homestay

3- Buat lakaran tangan atau menggunakan perisian/apps seperti microsoft word,power point atau sebagainya.


Kemudian ambil gambar atau scan kemudian save dalam jpeg/pdf contoh peta tersebut.


Contoh peta tidak perlu perfect atau cantik, anda boleh lukis sesimple yang mungkin yang penting tulisan dan lakaran mesti jelas.

ADAKAH TRACE PETA TIDAK DIKENAKAN SEBARANG CAJ TAMBAH ?

Untuk lakaran peta, caj tambahan RM30 untuk 1 map. Namun jika anda mahu menukar dengan peta yang baru atau tambahan peta (jika 2 majlis) caj tambahan RM10 akan dikenakan.

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN QR CODE LOKASI?

Jika anda belum ada qr code lokasi, pihak kami akan buatkan untuk anda tanpa caj tambahan.


Anda hanya perlu kongsikan lokasi majlis di whatsapp (share location), atau berikan url google maps, atau koordinate lokasi.


Sebelum proses printing, anda boleh sahkan dahulu qr code yang kami buatkan samaada tepat atau tidak.

BOLEH LETAKKAN PETA DAN QR CODE SEKALI KE?

Ya anda boleh request untuk melatakkan peta + qr code di dalam kad kahwin.

PENGHANTARAN

SAYA TEMPAH DI WEBSITE, TAPI SAYA NAK COLLECT DI KEDAI.

Ya boleh. Untuk self pick-up di kedai, anda perlu memaklumkan Nombor Tempahan/ Nombor Order yang telah diberikan bagi memudahkan proses pencarian tempahan anda.


Tempahan kad digital hanya melalui website sahaja.


Kami akan maklumkan selepas tempahan anda siap.

BOLEH TUKAR ALAMAT PENGHANTARAN?

Ya boleh. Sila berikan alamat baru beserta order no melalui whatsapp Kadkahwin Penang.

KAD KAHWIN DIGITAL

KAD DIGITAL NI DALAM VIDEO KE?

Kad digital Kad Kahwin Penang dalam bentuk url web. Pihak yang anda jemput perlu mempunyai sambungan internet untuk melayari kad digital.


Contoh url yang akan diberikan seperti ini: https://www.envite.my/SakinahShafiq_2326.php


Jadi anda boleh gunakan url ini untuk menjemput di whatsapp atau di social media.


Anda boleh membuat ayat-ayat jemputan sebelum memasukkan url kad digital.


Kelebihan kad digital jenis ini berbanding video adalah, pihak jemputan tidak perlu download terlebih dahulu. Hanya klik dan buka melalui browser yang ada di telefon sahaja.


Selain itu kad digital ini mempunya fungsi guestbook untuk jemputan meninggalkan komen. Ada juga fungsi-fungsi lain seperti add to calendar, countdown days, direct call, waze dan google maps, music dan rsvp yang tiada dalam kad digital jenis video.

SAYA NAK GUNA DESIGN SENDIRI, BOLEH KE?

Boleh, jika anda telah siap design sendiri. Pihak kami hanya buatkan kad digital sahaja.


Anda bebas menggunakan apa sahaja perisian (software) atau apps. Yang penting design mestilah dalam bentuk potrait / menegak. BUKAN jenis landscape atau mendatar. Saiz cadangan untuk full screean (first page) adalah 298px X 516px


Pihak kami tidak menerima custom design / buatkan semula design buat masa sekarang.


Tempahan kad digital boleh dibuat melalui halaman ini E-Card Wedding Card


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp kami di 013-5972799


JIKA DESIGN SENDIRI, BOLEH KE KALAU LEBIH DARI 3 PAGE?

Ya boleh. Anda boleh gunakan kad jenis berlipat. Maximum 4 pages

TEMPOH SIAP KAD DIGITAL BERAPA LAMA ?

Design Ready Made: Tempoh siap 2-3 hari bekerja. Selepas tempahan dan selepas anda memberikan detail yang lengkap.


Design sendiri: 1-3 hari bekerja. Selepas tempahan dan selepas anda memberikan detail yang lengkap.


* Tempoh ini tidak termasuk tempoh edit atau perubahan.

KAD SAYA SUDAH PUBLISH, BOLEH KE KALAU SAYA NAK ADD ON ?

Ya boleh. Whatsapp je, nanti kami bantu

MACAM MANA NAK NAIKKAN JUMLAH UCAPAN DI GUESTBOOK?

Selain dari foward untuk buat jemputan di whatsapp atau media social. Anda boleh cuba cara ini untuk tambahkan lagi ucapan di guestbook kad digital anda.


Jika tiada guestbook bertulis, anda boleh gunakan kad digital sebagai ganti. Minta tetamu yang hadir tinggalkan ucapan di bahagian guestbook kad digital.


Convert link kad digital kepada qr code, scan je untuk masuk ke kad digital. Kemudian print dan letakkan di majlis anda. Anda boleh laminate atau masukkan ke dalam A4 Stand holder, kemudian letak di atas meja tetamu.


Minta di hebahkan kepada tetamu.

BERAPA KALI PERUBAHAN DIBERIKAN UNTUK KAD KAHWIN DIGITAL PREMIUM?

Selepas siap design pihak kami akan hantarkan untuk anda semak sebelum di publish. Perubahan detail dibernarkan 2 kali tanpa limit untuk setiap perubahan.


Selepas di publish perubahan dibenarkan juga 2 kali. Perubahan untuk detail kad digital sahaja seperti lagu, rsvp, lokasi, countdown, calendar dan no tel. Bukan perubahan melibatkan design.


Jika melibatkan perubahan kemungkinan melebihi tempoh anggaran yang diberikan.

SAYA NAK UBAH DESIGN DAN DETAIL UNTUK KAD DIGITAL FREE, BOLEH KE ?

Design kad digital percuma mestilah sama seperti design kad bercetak. Untuk detail dan design yang berbeza, anda perlu buat tempahan kad digital premium.

KAD DIGITAL SAYA DAPAT MUSIC PERCUMA, KALAU NAK TUKAR, BOLEH KE?

Anda boleh memaklumkan music yang anda berminat semasa membuat tempahan, jika tiada dalam simpan KadKahwin Penang, anda perlu berikan dalam bentuk MP3. Tidak digalakkan menukar selepas publish.

SAYA TAK TAHU DAPATKAN LINK GOOLGE MAPS, JADI MACAM MANA YA?

Jika lokasi majlis anda tiada atau susah untuk dicari di google maps atau waze. Anda boleh kongsikan terus lokasi majlis anda di whatsapp kami. (Share location)


Atau anda juga boleh berikan koordinat lokasi majlis.


www.wasap.my/60135972799

BOLEH KE BUATKAN MUSIC SEBAGAI AUTOPLAY ?

Music akan dimainkan secara automatik selepas pengunjung menekan apa-apa butang yang ada dalam Kad Digital.

ADAKAH KAD DIGITAL AKAN DI PADAM SELEPAS MAJLIS?

Selagi Pihak Kadkahwin Penang masih mampu menyerap kos maintenance server pihak kami tidak akan delete kad digital anda. Mungkin boleh dijadikan kenang-kenangan dimasa akan datang. “Doakan kami murah rezeki ye”

TEDAPAT KOMEN DI GUESTBOOK YANG TIDAK MENYENANGKAN, BOLEH DELETE KE?

Tidak Boleh dipadam.

Jika anda mempunyai soalan dan pertanyaan sila call atau whatsapp ke +60135972799 / email kepada kadkahwinpenang02@gmail.com


Soalan-soalan diatas adalah hak milik Kadkahwin Penang. Dilarang copy tanpa kebenaran.